Satu das bawa maut

Satu das bawa maut - Hallo sahabat Detik 50, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Satu das bawa maut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysian News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Satu das bawa maut
link : Satu das bawa maut

Baca juga


Satu das bawa maut

LELAKI maut ditembak di bahu kiri di dalam kereta ketika berhenti di Jalan Segambut Bahagia Tambahan, Jinjang, malam tadi.

Mangsa yang berusia 25 tahun menaiki kenderaan berkenaan bersama seorang rakan sebelum didatangi dua lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian 9.30 malam itu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata, seorang daripada lelaki berkenaan melepaskan satu das tembakan dan mengenai bahu kiri mangsa.

"Mangsa bersama rakannya yang memandu kereta ke lokasi untuk mengambil wang daripada seorang lagi rakan. Selepas beberapa minit dua lelaki menghampiri kenderaan yang dinaiki mereka dan melepaskan satu das tembakan.

"Pemandu kereta terus memecut kenderaan melarikan diri dari lokasi dan membawa mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di wad kecemasan HKL.

"Polis menahan rakan mangsa untuk siasatan lanjut. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil menyalurkannya kepada kepada polis," katanya.

detik50.blogspot.com

ARTIKEL PILIHAN PEMBACA :
Memuat...
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Satu das bawa maut

0 comments:

Posting Komentar