Ieda Moin ‘Reject’ Suami Orang, Lelaki Muda

Ieda Moin ‘Reject’ Suami Orang, Lelaki Muda - Hallo sahabat Detik 50, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ieda Moin ‘Reject’ Suami Orang, Lelaki Muda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terbaru, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ieda Moin ‘Reject’ Suami Orang, Lelaki Muda
link : Ieda Moin ‘Reject’ Suami Orang, Lelaki Muda

Baca juga


Ieda Moin ‘Reject’ Suami Orang, Lelaki Muda

Setelah empat tahun melayari kehidupan sebagai ibu tunggal, pelakon dan penyanyi Eida Moin mengakui selesa dengan kehidupannya kini bersama anak perempuanya, Nurdhia Dania yang kini berusia 10 tahun.

Menurut Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 39, ada beberapa lelaki yang mahu mendekatinya namun dia terpaksa menolak memandang mereka berstatus suami orang dan ada juga yang teralu muda untuknya.

“Alhamdulillah, saya selesa hidup begini dan bahagia bersama anak saya.

“Memang ada yang mahu mendekati tetapi saya yang tidak mahu kerana kebanyakannya yang datang tu suami orang. Bujang pun ada tapi muda sangat untuk saya,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media dan tayangan drama terbaru Air Mata di Bumi Matador, bertempat di Finas, Hulu Klang, pada Selasa.

Tidak mahu berahsia, Ieda mendedahkan dia sebenarnya kini sedang menjalin hubungan dengan seorang jejaka dikenali sebagai Amril Gulkhan, 35.

Difahamkan lelaki tersebut turut hadir menemaninya pada majlis berkenaan. Bagaimanapun, bekas anggota kumpulan Moin ini enggan bercerita lanjut mengenai teman lelakinya itu sebaliknya menyifatkan ia terlalu peribadi.

“Sebenarnya saya sedang berkawan dengan seseorang. Sudah tiga tahun dan hubungan kami serius.

“Tetapi saya tak mahu bercerita tentang dia kerana ia terlalu peribadi,” tuturnya.

Berkongsi pula mengenai perkembangan kerjaya, Ieda meluahkan rasa syukur kerana setiap kali Ramadan adalah bulan rezeki baginya kerena dia akan sibuk dengan penggambaran serta berniaga di bazaar.

“Sejak saya bercerai, setiap kali bulan Ramadan memang bulan yang paling sibuk. Rezeki anak saya agaknya.

“Sama juga tahun ini mulanya saya ingat saya hendak bercuti tapi nampaknya tak dapat sebab jadual saya padat.

Kalau tak jalani penggambaran, saya berniaga dan menjadi juru acara di bazaar Ramadan. Saya berniaga di bazaar Ramadan di Shah Alam. Saya jual produk detox, kerepek dan kanta lengkap,” katanya.

Selain itu drama lakonannya bertajuk Geng Tadarus dan program Kecoh Dapur yang kini ditayangkan di saluran RTM TV2. Selain itu, dia bakal muncul menerusi teleraya bertajuk Opocot Melatah Raya yang akan disiarkan di Astro.

Terbaru, drama lakonannya Air Mata di Bumi Matador akan mula bersiaran mulai 30 Mei ini, setiap Rabu dan Khamis jam 8.30 malam di saluran TV2.

Drama 26 episod itu turut dibarisi pelakon berbakat seperti Puteri Aishah, Ben Amir, Nazrief Nazri, Shakilla Khoriri, Eyka Farhana serta pelakon senior antaranya Arash Mohamad, Laila Nasir dan ramai lagi.

The post Ieda Moin ‘Reject’ Suami Orang, Lelaki Muda appeared first on Berita Viral.

detik50.blogspot.com

ARTIKEL PILIHAN PEMBACA :
Memuat...
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Ieda Moin ‘Reject’ Suami Orang, Lelaki Muda

0 comments:

Posting Komentar